Abah's & Ibu's Little Precious ;)

baby

Wednesday, March 12, 2008

Pertolongan Cemas Asas (PCA) : Renjatan

Salam,

Renjatan

Definisi :
Suatu keadaan di mana peredaran darah terganggu disebabkan oleh penurunan tekanan saluran darah menyebabkan organ-organ penting tidak dapat berfungsi dengan baik.

Sebab-sebab :
1. Kehilangan bendalir badan (hypovolumic shock)
kehilangan darah (haemorrhagic shock)
pendarahan yang banyak
Kehilangan cecair (haemotogenic shock)

2. Keadaan emosi (neurogenic shock)
terlampau takut
terkejut
berita buruk

3. Saraf (anaphylitick shock)
terlampau sakit
alahan/allergi

Tanda-tanda & gejala :
Kulit kelihatan pucat.
Kulit sejuk dan berpeluh/melekit.
Nadi cepat dan lemah.
Nafas cepat dan sesak.
Dahaga.
Terasa loya, lemah dan hendak muntah.
Resah gelisah.
Pandangan kabur.
Kemungkinan tidak sedar.

Pengurusan Pertolongan Cemas
Terlentangkan pesakit, tinggikan kedua-dua kaki untuk menggalakkan pengaliran darah ke otak.
Longgarkan pakaian yang ketat terutama di bahagian leher dan pinggang.
Tentukan keadaan sekeliling selesa dan dapatkan seberapa banyak udara yang bersih.
Selimutkan mangsa agar sentiasa panas, tetapi jangan biarkan badannya terlalu panas.
Jangan beri sebarang makanan atau minuman kepada pesakit kerana ini boleh menyebabkan muntah.
Berikan keselesaan dan keyakinan kepada pesakit, kenalpasti kecederaan-kecederaan yang ada dan berikan bantuan kecemasan yang sewajarnya.
Perhatikan pernafasan dan denyutan jantung (nadi); jika
(a) tidak bernafas - berikan bantuan pernafasan
(b) tiada denyutan nadi - berikan bantuan CPR
(c) bernafas - lakukan baringan pemulihan
Dapatkan bantuan ambulans dengan seberapa segera.

3 comments:

shahril aley said...

fini kenapa aley tengok entry ni ade coding HTML? erkkk mungkin computer aley tengok mcm tu kot...

fini jadi cikgu PBSM ke?

~SyaFini Rosli~ said...

Salam...Aley,

Erm, kat comp Fini takde pula coding HTML. Tatau la pula.

Fini bukan cikgu PBSM, tp kat maktab kena masuk Ko-Kurikulum PBSM. Huhu, takde pilihan. Kat sekolah ni pula, Pengakap.

~SyaFini Rosli~ said...

Salam...Aley,

Erm, dh dibetulkan. Ritu post n3 dr laptop (guna FireFox) & view pun dr sana. Rini sesaje online dr PC dan gunakan IE..dh nampak la apa yang Aley maksudkan ritu. Fini dh betulkan. Thank you.